Saturday, 12 November 2011

CARA MENJAWAB JENIS KARANGAN BERFORMAT DAN TIDAK BERFORMAT

Karangan Jenis Ucapan
  1. ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu.
  2. Mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup.
  3. Nyatakan tujuan ucapan.
  4. Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan.
  5. Pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin.
  6. Bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majli s yang sebenar.
  7. Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.
  8. Mesti di tulis mengikut format yang betul kerana sebarang kesalahan markah akan ditolak.

 Karangan Jenis Biografi

Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya:
  • tokoh-tokoh sejarah
  • pemimpin tanahair
  • tokoh sukan 
  • dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.

Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.

Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban ataumenjatuhkan maruah orang yang ditulis.


Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi

  • Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;
                1. Surat ucap tahniah
                2. Surat ucap takziah
                3. bertanya khabar berita
                4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
                5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
                6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
                7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
                8. dan sebagainya

Tahukah kamu ?!
  • Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
                  Cara A : 8 Februari 1998.
                  Cara B : 8 hb. Februari, 1998.

  • Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukkan sebelum ini.
  • Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti : nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
  • Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
  • Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

CONTOH FORMAT 

( Alamat ).......................
.......................................
.......................................
Tarikh :
(Tertip menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Saudara, (atau yang lain)

(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................

Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )



Karangan Jenis Surat Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
          a. memohon pekerjaan
          b. membuat aduan / bantahan / cadangan
          c. membuat rayuan
          d. membuat jemputan rasmi
          e. menempah barangan
          f. meminta kebenaran
          g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
  •  Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
  • Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

CONTOH FORMAT  

Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________( garisan panjang )__________________

Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)  
                                             Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat disebelah kiri )

2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaiakn sekurang -
kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain )

3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan ) 

(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)

__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )


Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
  • karangan tidak berformat
  • berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
  • berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
  • lakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi.
  • memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita. 
  • setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang   atau  apa saja yang boleh membawa pengajaran.
  • walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.

SELAMAT MENGARANG :D

CONTOH SOALAN-SOALAN TANDA BACA - Kertas 1 (UPSR)

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

1.        (A)  "Ibu, ini Jamilah, kawan baik saya. Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
                   Kata Rosnah kepada ibunya.
          (B)  "Ibu ini Jamilah, kawan baik saya, Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
                   Kata Rosnah kepada ibunya.
          (C)  "Ibu ini Jamilah kawan baik saya, Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
                   Kata Rosnah kepada ibunya.

          (D)  "Ibu, ini Jamilah! kawan baik saya. Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
                   Kata Rosnah kepada ibunya.

2.       (A)  "Menarik lukisan ini, Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil.
          (B)  "Menarik lukisan ini. Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil.
          (C)  "Menarik, lukisan ini. Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil. 
          (D)  "Menarik lukisan ini? Kamukah yang melukisnya." tanya Cikgu Kamil

3.       (A)  “Zambri! Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab
                   Komputer semalam!” tanya Rahim.
          (B)  “Zambri? Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab
                   Komputer semalam?” tanya Rahim.
          (C)  “Zambri, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab
                   Komputer semalam?” tanya Rahim.
          (D)  “Zambri, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab
                   Komputer semalam!” tanya Rahim.

4.       (A)   Wahai! Rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini
                   dan jangan sekali-kali kamu berputus asa.
          (B)   Wahai, rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan
                   jangan sekali-kali kamu berputus asa!
          (C)   Wahai rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan
                   jangan sekali-kali kamu berputus asa.
          (D)   Wahai rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan
                   jangan sekali-kali kamu berputus asa.

5.      (A)  “Kak kita balik dulu, biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa.
         (B)  “Kak, kita balik dulu. Biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa.
         (C)  “Kak. Kita balik dulu. Biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa
         (D)  “Kak, kita balik dulu biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa.

6.      (A)   Pasar Raya “Ocean” mengadakan jualan murah sempena ulang tahun
                 pembukaannya yang ke10.
         (B)   Pasar Raya “Ocean” mengadakan jualan murah Sempena Ulang Tahun
                 pembukaannya yang ke-10.
         (C)   Pasar Raya “Ocean” mengadakan jualan murah sempena ulang tahun
                 pembukaannya yang ke-10.
         (D)  Pasar Raya “Ocean” mengadakan JUALAN MURAH sempena Ulang Tahun
                 pembukaannya yang ke-10.

JAWAPAN : 1.A     2.B     3.C     4.D     5.B     6.C

Sunday, 6 November 2011

MARI BELAJAR - soalan pemahaman kertas 1 (UPSR)

Baca puisi di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Renungkanlah,
Kegagalan bukan bererti mati,
Kita insan bernyawa,
Selagi jantung berdenyut,
Kehidupan perlu diteruskan.

Kejayaan,
Kecemerlangan,
Bebas,
Luas digapai.

Bukan wang jadi ukuran,
Bukan budi jadi sempadan,
Cekal, tabah,
Disambut kegigihan,
Mencapai puncak kejayaan.

Tiada kata putus asa tersembur,
Tiada coretan nokhtah ,
Tiada ukiran sumbing dicipta,
Tiada tarian sumbang,
Segalanya pasti terhasil.



1)    Mengapakah kita tidak harus kecewa sekiranya menghadapi kegagalan?

       A. kerana kegagalan bukan bererti kemusnahaan
       B. kerana kejayaan akan tercapai pada bila-bila masa
       C. kerana orang yang kecewa tidak berpeluang untuk memperoleh kejayaan
       D. kerana setiap orang tidak akan menghadapi kegagalan

2)    Kata digapai dalam puisi bermaksud...

       A. diambil.
       B. dicapai.
       C. dicari.
       D. dikumpul.

3)   Kejayaan dapat dicapai dengan mengamalkan sikap-sikap berikut kecual...
      A. tabah.
      B. gigih.
      C. gagah.
      D. cekal.

4)   Maksud perenggan terakhir dalam puisi tadi ialah...

      A. kejayaan sentiasa diperoleh oleh setiap orang.
      B. usaha yang bersungguh-sungguh pasti memperoleh kejayaan.
      C. kejayaan mudah dicapai.
      D. kejayaan akan tercapai walaupun tanpa usaha yang gigih.

5)   Pada pendapat anda tajuk yang sesuai untuk puisi tadi mungkin sekali...

      A. Kegagalan.
      B. Kegigihan.
      C. Kejayaan.
      D. Kekecewaan.


 JAWAPAN :
1. A     2. B     3. C     4. B     5. C

Thursday, 3 November 2011

SI KANCIL DAN SI SIPUT

Pada suatu hari si kancil nampak ngantuk sekali. Matanya terasa berat sekali untuk dibuka. “Aaa....rrrrgh”, si kancil nampak sesekali menguap. Kerana hari itu cukup cerah, si kancil merasa rugi jika menyia-nyiakannya. Ia mulai berjalan-jalan menyusuri hutan untuk mengusir rasa ngantuknya. Sampai di atas sebuah bukit, si Kancil berteriak dengan sombongnya, “Wahai penduduk hutan, akulah haiwan yang paling cerdas, cerdik dan pintar di hutan ini. Tiada yang boleh menandingi kecerdasan dan kepintaranku”.
Sambil membusungkan dadanya, si Kancil pun mulai berjalan menuruni bukit. Ketika sampai di sungai, ia bertemu dengan seekor siput. “Hai kancil !”, sapa si siput. “Kenapa kamu teriak-teriak? Apakah kamu sedang bergembira?”, tanya si siput. “Tidak, aku hanya ingin memberitahu kepada semua penghuni hutan bahawa aku ini haiwan yang paling cerdas, cerdik dan pintar”, jawab si kancil dengan sombongnya.
Siput“Sombong sekali kamu Kancil, akulah haiwan yang paling cerdik di hutan ini”, kata si Siput. “Hahahaha......., mana mungkin” ejek sang Kancil. “Untuk membuktikannya, bagaimana kalau besok pagi kita lumba lari?”, cadang si Siput. “Baiklah, aku terima cadanganmu”, jawab si Kancil. Akhirnya mereka berdua setuju untuk mengadakan perlumbaan lari pada esok hari.
Setelah si Kancil pergi, si siput segera mengumpulkan teman-temannya. Ia meminta tolong agar teman-temannya berbaris dan bersembunyi di jalur perlombaan, dan menjawab kalau si kancil memanggil.
Akhirnya hari yang dinanti sudah tiba, kancil dan siput pun sudah siap untuk lumba lari. “Apakah kau sudah sedia untuk berlumba lari denganku”, tanya si kancil. “Tentulah, dan aku pasti menang”, jawab si siput. Kemudian si siput mempersilahkan kancil untuk berlari dahulu dan memanggilnya untuk memastikan sudah sampai mana si siput.
Kancil berjalan dengan santai, dan merasa yakin kalau dia akan menang. Setelah beberapa langkah, si kancil mencuba untuk memanggil si siput. “Siput....sudah sampai mana kamu?”, teriak si kancil. “Aku ada di depanmu!”, teriak si siput. Kancil terheran-heran, dan segera mempercepat langkahnya. Kemudian ia memanggil si siput lagi, dan si siput menjawab dengan kata yang sama.”Aku ada didepanmu!”
Akhirnya si kancil berlari, tetapi tiap ia panggil si siput, ia selalu muncul dan berkata kalau dia ada depan kancil. Keringatnya bercucuran, kakinya terasa lemas dan nafasnya tersengal-sengal.
Kancil berlari terus, sampai akhirnya dia melihat garisan penamat. Wajah kancil sangat gembira sekali, karena waktu dia memanggil siput, sudah tidak ada jawaban lagi. Kancil merasa bahwa dialah pemenang dari perlombaan lari itu.
Betapa terkejutnya si kancil, karena dia melihat si siput sudah duduk di batu dekat garisan penamat. “Hai kancil, kenapa kamu lama sekali? Aku sudah sampai dari tadi!”, teriak si siput. Dengan menundukkan kepala, si kancil menghampiri si siput dan mengakui kekalahannya. “Makanya jangan sombong, kamu memang cerdik dan pandai, tetapi kamu bukanlah yang terpandai dan cerdik”, kata si siput. “baiklah, maafkan aku siput, aku tidak akan sombong lagi”, kata si kancil.

Pengajaran yang kita dapat lihat di sini adalah jgn lah kita bersikap sombong dengan kebolehan kita dan jangan lah kita memperkecikkan kemampuan orang lain. Lihat sajalah si kancil yang sombong itu, akhirnya siput yang berjalan lambat itu juga yang menang di dalam perlawanan.

Wednesday, 2 November 2011

PERIBAHASA MELAYU

Assalamualaikum.
Hari ini saya hendak berkongsi sikit tentang peribahasa melayu. Mungkin ade sesetengah peribahasa melayu yang kita tidak tahu apakah maksudnya. Jom kita lihat apakah peribahasa yang jarang digunakan bersertakan maksudnya .. :)

Minyak setitik di laut timbul juga
Maksud :  Orang yang baik tetap mulia walaupun di mana sahaja berada

Membujur lalu, melintang patah
Maksud :  Tidak ada yang dapat menghalang

Tak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi juga
Maksod :  Merajuk dengan ahli keluarga sendiri tidak sampai kemana

Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Maksud :  walaupun jauh merantau akhirnya akan pulang juga dan walau tinggi mana pangkatnya akhirnya akan hilang juga.

Seperti belut pulang ke lumpur
Maksud :  Selepas pulang ke tempat asal tidak mahu pergi lagi

Asal sabut terapung, asal batu tenggelam
Maksud :  Sekiranya bernasib baik akan selamat tetapi jika tidak bernasib baik malanglah jawabnya

Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga
Maksud :  Kasih sayang anak sendiri tidak akan sama dengan kasih sayang anak orang

Jikalau ular munyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Maksud :  Orang yang mulia tidak menjadi hina jika sentisa merendah diri

Bagaikan nasi tersaji sampai lutut
Maksud :  seperti mendapat nasib yang begitu baik

Seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud :  Tamak akan harta orang langsung hilang harta sendiri

PANTUN IBU MENGANDUNG




apa dihidu selalu muntah,
apa diminta terlalu payah,
tetapi hati tidaklah gelisah,
nampak lemah tetapi tabah.


makin sarat bertambah bulan,
makin lambat langkah berjalan,
makin berat timbangan badan,
tambah comel dalam senyuman.


memilih makan berbagai selera,
memilih minum berbagai warna,
memilih fesyen berbagai gaya,
beralih emosi hanyalah seketika.


banyak ragam bila mengandung,
di dalam perut harapan diusung,
susah payah tabah ditanggung,
sembilan bulan perut membusung.

Tuesday, 1 November 2011

GURINDAM PAK PANDIR


"Pandai Pak Pandir!
Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis badan tergadai!

Mendengar gelegak dagang,

Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang,

Buntut kena cangkok onak
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga yang menanggung..

Apa didengar gelagak dagang?

Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram.


Kilat memancar hujan tak lalu..

Awak juga kecundangan....