Baca puisi di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Renungkanlah,
Kegagalan bukan bererti mati,
Kita insan bernyawa,
Selagi jantung berdenyut,
Kehidupan perlu diteruskan.
Kejayaan,
Kecemerlangan,
Bebas,
Luas digapai.
Bukan wang jadi ukuran,
Bukan budi jadi sempadan,
Cekal, tabah,
Disambut kegigihan,
Mencapai puncak kejayaan.
Tiada kata putus asa tersembur,
Tiada coretan nokhtah ,
Tiada ukiran sumbing dicipta,
Tiada tarian sumbang,
Segalanya pasti terhasil.
1) Mengapakah kita tidak harus kecewa sekiranya menghadapi kegagalan?
A. kerana kegagalan bukan bererti kemusnahaan
B. kerana kejayaan akan tercapai pada bila-bila masa
C. kerana orang yang kecewa tidak berpeluang untuk memperoleh kejayaan
D. kerana setiap orang tidak akan menghadapi kegagalan
2) Kata digapai dalam puisi bermaksud...
A. diambil.
B. dicapai.
C. dicari.
D. dikumpul.
3) Kejayaan dapat dicapai dengan mengamalkan sikap-sikap berikut kecual...
A. tabah.
B. gigih.
C. gagah.
D. cekal.
4) Maksud perenggan terakhir dalam puisi tadi ialah...
A. kejayaan sentiasa diperoleh oleh setiap orang.
B. usaha yang bersungguh-sungguh pasti memperoleh kejayaan.
C. kejayaan mudah dicapai.
D. kejayaan akan tercapai walaupun tanpa usaha yang gigih.
5) Pada pendapat anda tajuk yang sesuai untuk puisi tadi mungkin sekali...
A. Kegagalan.
B. Kegigihan.
C. Kejayaan.
D. Kekecewaan.
JAWAPAN :
1. A 2. B 3. C 4. B 5. C
No comments:
Post a Comment