Karangan Jenis Ucapan
- ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu.
- Mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup.
- Nyatakan tujuan ucapan.
- Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan.
- Pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin.
- Bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majli s yang sebenar.
- Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.
- Mesti di tulis mengikut format yang betul kerana sebarang kesalahan markah akan ditolak.
Karangan Jenis Biografi
Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya:
- tokoh-tokoh sejarah
- pemimpin tanahair
- tokoh sukan
- dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.
Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.
Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban ataumenjatuhkan maruah orang yang ditulis.
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi
- Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;
1. Surat ucap tahniah
2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya
2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya
Tahukah kamu ?!
- Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8 Februari 1998.
Cara B : 8 hb. Februari, 1998.
Cara B : 8 hb. Februari, 1998.
- Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukkan sebelum ini.
- Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti : nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
- Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
- Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
CONTOH FORMAT
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
Tarikh :
(Tertip menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................
(Tertip menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................
Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )
Karangan Jenis Surat Rasmi
Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a. memohon pekerjaan
b. membuat aduan / bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan rasmi
e. menempah barangan
f. meminta kebenaran
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
- Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
- Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
CONTOH FORMAT
Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________( garisan panjang )__________________
______________
______________
______________
________________________________( garisan panjang )__________________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat disebelah kiri )
2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaiakn sekurang -
kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain )
3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan )
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
- karangan tidak berformat
- berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
- berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
- lakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi.
- memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita.
- setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.
- walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.
SELAMAT MENGARANG :D
Good info for me... Thank you
ReplyDelete