Hari ini saya hendak berkongsi sikit tentang peribahasa melayu. Mungkin ade sesetengah peribahasa melayu yang kita tidak tahu apakah maksudnya. Jom kita lihat apakah peribahasa yang jarang digunakan bersertakan maksudnya .. :)
Minyak setitik di laut timbul juga
Maksud : Orang yang baik tetap mulia walaupun di mana sahaja beradaMembujur lalu, melintang patah
Maksud : Tidak ada yang dapat menghalangTak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi juga
Maksod : Merajuk dengan ahli keluarga sendiri tidak sampai kemanaBerapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Maksud : walaupun jauh merantau akhirnya akan pulang juga dan walau tinggi mana pangkatnya akhirnya akan hilang juga.Seperti belut pulang ke lumpur
Maksud : Selepas pulang ke tempat asal tidak mahu pergi lagiAsal sabut terapung, asal batu tenggelam
Maksud : Sekiranya bernasib baik akan selamat tetapi jika tidak bernasib baik malanglah jawabnyaDaun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga
Maksud : Kasih sayang anak sendiri tidak akan sama dengan kasih sayang anak orangJikalau ular munyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Maksud : Orang yang mulia tidak menjadi hina jika sentisa merendah diriBagaikan nasi tersaji sampai lutut
Maksud : seperti mendapat nasib yang begitu baikSeperti anjing dengan bayang-bayang
No comments:
Post a Comment